Rabu, 24 November 2010

Panel Penilai Pencalonan Masjid Terbaik

( Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas)

Pada hari Rabu 23 November 2010, seramai 5 orang panel penilai bersama rombongannya telah hadir ke Masjid Ar Rahmat untuk menilai Masjid Ar Rahmat berhubung Pencalonan sebagai Masjid Mukim Terbaik Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1423H. Penilaian dibahagikan kepada 5 bahagian dengan setiap bahagian dinilai oleh Jabatan yang berlainan.
Kriteria penilaian dan pemarkahan adalah sebagaimana berikut:
i. Pengimarahan - 25 %
ii. Kebersihan - 25 %
iii.Keceriaan - 20 %
iv. Pentadbiran & Pengurusan - 20 %
v. Kemudahan & Peralatan - 10 %

Sabtu, 30 Oktober 2010

Pencalonan bagi Pemilihan Imam dan Masjid Mukim Terbaik Sempena Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1432H/2010M

Masjid Ar Rahmat Mukim Rahmat telah terpilih sebagai calon bagi pemilihan masjid terbaik sempena sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1432H/2010M.

klik pada imej untk paparan yang lebih jelas

Rabu, 1 September 2010

Program Ziarah Ramadhan Bersama Duli Yang Mulia Pemangku Raja Kelantan

Tarikh : 31 Ogos 2010
Hari : Selasa



Keberangkatan tiba DYMM Pemangku Raja Kelantan bersalam dengan YB Ahli Perlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli


DYMM Pemangku Raja menyampaikan sumbangan zakat





Antara ahli jemaah yang turut serta ; Dr Basit


Ustaz Zainal Abidin mengimamkan solat Maghrib


Rakyat jelata yang solat bersama DYMM Pemangku Raja


DYMM Pemangku Raja bersama ahli jemaah


















Junjung Kasih Tuanku

Sabtu, 17 April 2010

Berdoa Dengan Tawassul

Masalah tawassul itu begini:
'Tawassul artinya mengerjakan sesuatu amal yang dapat mendekatkan diri kita kepada Tuhan".
Dalam al Quran istilah "'wasilah" disebut dalam dua tempat, yaitu
1. Pada surat al Maidah
"Hai orang-orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah, dan carilah wasilah (jalan) - yang mendekatkan - kepada-Nya, dan berjuanglah di jalan Allah, supaya kamu jadi beruntung" (Al Maidah : 35).

Dalam ayat ini ada 3 hukum dapat dikeluarkan
1. Kita wajib patuh (tha'at) kepada Allah.
2. Kita disuruh mencari "jalan" yang bisa mendekatkan diri kepada Allah.
3. Kita disuruh berjuang (jihad) di jalan Allah. Kalau yang tiga ini dikerjakan maka kita ada jaminan untuk mendapat kemenangan duna-akhirat.
2. Pada surat al Isra'
"Mereka mencari wasilah (jalan) untuk mendekatkan din kepada Tuhan-. (Al Isra' : 57).
Maka berdoa dengan bertawassul ialah berdo'a kepada Tuhan dengan wasilah, yaitu dengan mengingat sesuatu yang dikasihi Tuhan.

Kalau dicontohkan kepada situasi keduniaan, umpamanya kita akan minta pekerjaan kepada sesuatu jawatan, tetapi kita tidak begitu dikenal oleh kepala kantor jawatan itu, maka kita lalu mencari jalan, yaitu menghubungi sahabat kita yang bekerja pada kantor itu dan dengan pertolongannya permintaan kita menjadi terkabul.
Ini permohonan dengan "wasilah- namanya.
Atau dalam soal ini kita langsung menemui kepala kantor dan langsung memohon kepadanya untuk minta pekerjaan, dengan memberi tahu atau memperingatkan kepadanya bahwa kita yang bermohon ini adalah berteman dengan anaknya. Ini juga meminta dengan wasilah (tawassul) namanya.
Wasilah semacam ini hanya sekedar untuk lebih memudahkan terkabulnya permintaan yang memang pada dasarnya juga dapat dikabulkan. Jangan keliru faham. Kita minta pekerjaan hanya kepada kepala kantor, tidak pada kawan kita tadi dan bukan pula kepada anaknya itu, tetapi kawan kita itu atau anaknya itu sekedar mwmbuka jalan untuk mendapatkan fasilitas.

Begitu juga berdo'a dengan wasilah atau tawassul kepada Tuhan. Contoh-contohnya do'a bertawassul :

1. Kita datang kepada seorang Nabi atau seorang ulama yang dianggap mulia dan dikasihi Tuhan, lalu kita katakan kepada beliau : Saya akan berdo'a memohon in atau itu kepada Tuhan, tetapi saya harap pula tuan Guru mendo'akan kepada Allah bersama saya, supaya permintaan saya dikabulkan-Nya. Lalu kedua orang itu berdo'a.

2. Kita datang ziarah kepada Nabi di Madinah, ketika itu - taroklah - beliau masih hidup atau pada ketika beliau telah wafat, maka kita mendo'a di situ dan kits harapkan agar Nabi Muhammad Saw. mendo'akan kita pula kepada Allah. Ini namanya mendo'a dengan tawassul, dengan orang yang masih hidup atau yang telah wafat.

3. Kita datang ziarah ke makam Tuan Syekh Abdul Qadir al Jailani, seorang ulama tasauf yang besar di Bagdad, lantas kita mendo'a di situ kepada Tuhan begini bunyinya:
"Ya Allah, Ya Tuhan yang Pengasih dan Penyayang, saya mohon ampunan dan keredhaan-Mu berkah beliau yang bermakam di sini, karena beliau ini saya tahu, seorang ulama besar yang engkau kasihi. Berilah permohonan saya, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim !"
Do'a macam in namanya do'a bertawassul.

4. Kita mendo'a kepada Tuhan Yang Maha Esa begini bunyinya
"Ya Allah berkat "jah" (tuah) Nabi Besar Muhammad Saw. berilah permohonan saya"..
Ini namanya do'a bertawassul dengan jah (tuah) Nabi.

5. Kita berdo'a umpamanya begin:
"Ya Allah, berkat nama-Mu yang Besar, berilah saya ini itu". In mendo'a bertawassul dengan nama Tuhan.

6. Kita mendo'a umpamanya begin:
"Ya Allah, saya ada mengeriakan amalan yang baik, yaitu saya tetap hormat kepada ibu bapa saya. Kalau amal itu diterima oleh ENGKAU maka berilah permohonan saya ini dan itu".

Amal do'a bertawassul serupa itu diamalkan oleh Ulama-ulama Kaum Ahlussunnah wal jama'ah sedari dulu sampai sekarang, tetapi dengan lancang Ibnu Taimiyah cs. menfatwakan bahwa aural macam itu syirik atau kufur, na'udzubillah.
Bagi barangsiapa yang hendak mendalami masalah ini bacalah Kitab Syawahidul Haq", karangan Syekh Ismail an Nabhani, cetakan Syirkah wa Mathba'ah Mushthahafa Babil Halaby, Kairo.
Rujukan:
• K.H. Siradjuddin Abbas, 40 Masalah Agama Jilid 1 cetakan ke-33, Penerbit Pustaka Tarbiyah Jakarta 2003
Sumber: http://kawansejati.ee.itb.ac.id/berdoa-tawasul

Jumaat, 19 Mac 2010

MAJLIS TAZKIRAH BERSAMA DATO' KETUA POLIS KELANTAN DAN PELANCARAN SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) RUKUN TETANGGA MUKIM RAHMAT

Dato' Ketua Polis Kelantan sedang menyampaikan tazkirah sempena Maulidurrasul 1431H.

Para jemaah khusyuk mendengar tazkirah.

Berselawat kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W

Imam masjid mukim Rahmat menerima sumbangan dari Dato' KP.

Dato' KP menyampaikan cenderahati kepada Imam Masjid Mukim Rahmat.

Dato' KP menerima cenderahati dari Tuan Imam, Ustaz Zainal Abidin.



Dato' KP menyampaikan cenderahati kepada Pak Cik Nawang, salah seorang AJK masjid.


Tuan Haji Komaruddin menerima cenderahati dari Dato' KP




Dato' KP merasmikan SRS Cawangan Sri Rahnat.



Tetamu menjamu selera.

Sabtu, 16 Januari 2010

MAJLIS ASYURA

Majlis memperingati hari Asyura telah diadakan dipekarangan masjid Mukim Rahmat pada.......

Jumaat, 15 Januari 2010

Asal Usul Bubur Asyura.

Dr Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman. Di kenali sebagai Abu Anas Madani berpendapat:

10 Muharram adalah Hari Asyura. Antara tradisi orang Melayu turun temurun apabila tiba tarikh ini ialah membuat bubur Asyura. Bubur Asyura ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada pelbagai campuran ramuan sempena 10 Muharram. Ada yang mengatakan, campuran ramuan hendaklah terdiri daripada 10 jenis bahan makanan, jangan dikurang dan jangan dilebih. Jika tidak, ia tidak dinamakan bubur Asyura.

Entah dari mana sumbernya saya tidak tahu. Yang pasti, sudah 10 tahun saya tidak merasai keenakan makan bubur Asyura di kampung.

Mengimbau zaman kanak-kanak di hari Asyura, masih teringat apabila bubur Asyura hampir masak, saya bersama adik-adik dan rakan-rakan, masing-masing dengan memegang tempurung kelapa menyerbu kawah yang berisi bubur yang masih panas. Satu nostalgia yang tidak dilupakan, makan bubur Asyura berpiringkan tempurung dan bersudukan daun kelapa.

Waktu itu, tidak pernah terlintas di fikiran saya sempena apakah dibuat jamuan bubur Asyura. Adakah ia satu amalan keagamaan atau sekadar adat bangsa? Sehingga apabila masuk ke sekolah menengah dan mendapati jamuan bubur Asyura dijadikan upacara tahunan yang dianjurkan oleh pihak Sekolah.
Dengan sedikit kajian ringkas tentang asal-usul bubur Asyura dalam masyarakat Melayu, mungkin boleh dikatakan kewujudan jamuan bubur Asyura dalam masyarakat Melayu bertitik tolak dari dua sandaran.

Pertama: Cerita Bahtera Nabi Nuh a.s.

Banyak laman web menyebut tentang kisah ini. Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya :
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.

Penilaian:

- Cerita seperti ini perlu kepada kajian. Dari manakah sumbernya dan apakah taraf kedudukan kisah ini. Setakat ini saya tidak menemui sebarang petunjuk tentang kisah ini dalam sumber hadis dan atsar. Sesiapa yang menjumpainya, diharap dapat membantu.

- Jika kisah ini sahih sekalipun, dan kita menerima kaedah ‘Syarak sebelum kita adalah syarak kita juga’, persoalannya adakah makanan yang dibuat oleh Nabi Nuh a.s. adalah satu bentuk jamuan sempena 10 Muharram, atau ia adalah makanan biasa yang berkebetulan pada tarikh 10 Muharram?

- Jika benar kisah ini, dan betul istinbat orang Melayu bahawa disunatkan membuat bubur berdasarkan cerita ini, mengapa tidak ada anjuran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam atau amalan para sahabat tentang perkara ini?
Kedua: Hadis Galakan Memberi Keluasan Kepada Keluarga

Mungkin sandaran lain bagi jamuan bubur Asyura ialah hadis-hadis tentang memberi galakan supaya pada hari Asyura hendaklah menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga.

Hadis yang dimaksudkan ialah:

“Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”.

Mungkin kerana mempercayai kelebihan dalam hadis ini, sesetengah orang Islam mahu memberi keluasan kepada kaum keluarga pada hari 10 Muharram, dengan harapan Tuhan akan mempermudahkan rezekinya sepanjang tahun tersebut. Antara bentuk memberi keluasan ialah mengadakan jamuan makanan.

Cuma kedudukan hadis ini di sisi ulama hadis adalah paslu atau dhaif. Rujuk: Al-Maudhu’aat oleh Ibn Jauzi 2/572, Al-Manar al-Munif oleh Ibn Qayyim 1/111, Al-Fawaid al-Majmu’ah oleh Syaukani 1/98.

Sekali lagi kita terpaksa terima bahawa jika sandaran mengadakan jamuan bubur Asyura ialah hadis ini, sebenarnya ia adalah hadis yang tidak sahih. Jangan terlalu mengharap kepada fadhilat yang belum pasti kesahihannya.

Cuma, membuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan keagamaan, ia bukanlah satu yang salah. Kalau orang Melayu suka berbuka puasa dengan bubur Asyura, buatlah bubur Asyura. Tetapi elakkan kepercayaan yang kurang sahih, seperti mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda.
Wallahu A’lam.

Madinah Munawwarah,
9 Muharram 1431H
26 Disember 2009M

http://www.abuanasmadani.com