Thursday, December 17, 2009

PROGRAM KELUARGA PENYAYANG , MASYARAKAT CEMERLANG BEBAS DADAH

Program Keluarga Penyayang, Keluarga Cemerlang Bebas Dadah yang diadakan pada hari Rabub ( 16 Disember 2009) adalah anjuran bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Kuala Krai dan AJK Masjid Mukim Rahmat.

Majlis dimulakan dengan sembahyang berjemaah Fardu Maghrib disusuli dengan Majlis Farum yang dijayakan oleh Tn Haji Yasmin dan Tn Haji Nik Mat b Nik Lib. Kedua-dua tokoh ini adalah pakar motivasi yang terkenal di Kuala Krai khususnya dan di seluruh Kelantan amnya.

Forum yang diiringi oleh persembahan powerpoint presention menggunakan LCD itu dipengerusikan oleh Imam Tua Masijd Mukim Rahmat, Ustaz Zainal Abidin. yang juga merupakan Penolong Kanah HEM SM Keroh, Kuala Krai.

Majlis kemudiannya disudahi dengan sembahyang berjemaah Fardi Isyak dan diikuti sembahyang hajat khusus untuk memohon kehadrat Ilahi agar masyarakat Mukim Rahmat khasnya dan Seluruh umat Islam ammnya agar dijauhkan dari BAHAYA DADAH dan seterusnya BEBAS DADAH.

Majlis agihan zakat untuk keluarga miskin, khusus kepada membiayai perseolahan anak-anak telah disempurnakan oleh Ustaz Zainal. Seramai 40 orang telah menerima agihan zakat berkenaan yang terdiri dari anak-anak mukim Rahmat yang miskin dan mempunyai akan yang masih bersekolah.

Jamuan laksa dinikmati oleh semua tetamu dan ahli jemaah diakhir program.
Mudah-mudahan usaha murni kita diberkati Allah. InsyaAllah.











Sinar Harian melaporkan:

Selamatkan anak mukim bahaya dadah
KUALA KRAI - Jawatan Kuasa Masjid Mukim Kampung Rahmat dekat sini, buat pertama kalinya mengadakan program dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam usaha menyelamatkan anak mukim kampung itu daripada ancaman dadah.

Imam Tua Masjid mukim itu, Zainal Abidin Deraman berkata, walaupun banyak program dan aktiviti yang pelbagai dilaksanakan sebelum ini, ini kali pertama jawatan kuasa masjid itu memberi fokus kepada isu dadah.

Menurutnya, program yang turut membincangkan peranan keluarga dan isu gejala sosial itu juga adalah kesinambungan kepada motivasi keibubapaan anjuran jawatan kuasa masjid berkenaan sebelum ini.

“Daripada segi program anjuran jawatan kuasa masjid ini yang fokus kepada dadah, ini kali pertama, tetapi daripada segi motivasi keibubapaan dan gejala sosial, ini program kedua kami adakan pada tahun ini,” katanya kepada :Sinar Harian :di sini, kelmarin.

Zainal Abidin berkata, dua penceramah bebas iaitu Nik Mat Nik Lib dan Yasmin Hashim dijemput bagi menjayakan forum sempena program itu yang bertemakan Satu Keluarga Bahagia Masyarakat Cemerlang.

Menurutnya, dia juga bersyukur kerana program yang mendapat kerjasama baik daripada semua lapisan masyarakat di mukim itu menerima sambutan menggalakkan apabila dihadiri kira-kira 300 penduduk.

“Kami akan teruskan program seperti ini dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan keperluan masyarakat dalam mukim ini,” katanya yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh, dekat sini.

Sementara itu Penolong Pegawai AADK Daerah, Nur Hazirah Mohd Ridzuan berkata, ini kali pertama Program Penyayang: Institusi Keluarga Bebas Dadah yang biasanya diadakan dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara itu dianjurkan bersama jawatan kuasa masjid.

Menurutnya, program bertujuan menyedarkan masyarakat betapa penting peranan keluarga terutama ibu bapa untuk membina keluarga bahagia dan seterusnya mampu mencegah anak daripada terlibat dengan masalah dadah dan gejala sosial.

“Program Penyayang seperti ini penting kerana kajian terkini menunjukkan institusi keluarga pada zaman ini sangat rapuh apabila ibu bapa dilihat terlalu mengejar harta dan kebendaan sehingga mengabaikan anak-anak,” katanya.

No comments: